Thursday 5 May 2011

Tuesday 12 April 2011

Sejarah Arkitek™


      Arkitek sebenarnya telah lama wujud sejak zaman primitif lagi.Manusia dahulu kala mendirikan tempat tinggal mereka untuk berlindung dari hujan dan panas serta binatang buas.Mereka hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti kayu,ranting-ranting pokok dan batu-batu.Tempat tinggal ini biasanya berbentuk sementara kerana manusia dahulu suka berpindah-randah.Mereka ini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya adalah arkitek dan secara tidak langsung mereka telah menjadi arkitek pada masa dahulu.
Apabila manusia telah mengalami perubahan kemajuan mereka mula mendirikan tempat tinggal secara tetap.Maka dari sini wujudlah tamadun-tamadun yang gah dan disanjung seperti tamadun Mesir, Mesopotamia dan Cina.

      Pada zaman tamadun Mesir,arkitek berasal daripada pendeta.Pendeta dianggap seorang yang bijak dan berpengaruh.Kewujudan struktur Piramid adalah bukti bahawa seorang yang bijak pandai yang telah mengira dan membinanya kerana pada zaman dahulu tidak ramai manusia yang mahir dalam ilmu hisab.
Manakala pada zaman tamadun Cina pula, tugas pendeta telah diambil alih oleh raja kerana raja merupakan golongan yang memerintah dan bangsawan.Raja telah menggunakan kekuasaannya untuk membina kota-kota sebagai tempat untuk kediaman golongan memerintah.Hal ini dapat dilihat dengan pembinaan tembok besar Cina (The Great Wall of China) yang telah dibina dengan kekuasaan seorang raja yang sanggup mengorbankan banyak nyawa rakyatnya untuk menyiapkan pembinaan tersebut. Kita berbalik kepada kuliah En.Wan pada 3 Januari 2006 yang lalu,beliau ada mengatakan Celebration of The Murderer .Keadaan yang berlaku semasa pembinaan tersebut sama seperti meraikan pembunuh kerana pembunuh ini tetap disanjung dan dihormati walaupun kekejaman berlaku secara terang-terangan.

     Di tanah Melayu, arkitek memang telah lama wujud.Namun dahulu ia dikenali sebagai tukang kayu.Pada zaman ini, kemahiran bertukang atau membina rumah biasanya dipelajari secara turun-temurun dan diwarisi melalui kemahiran daripada warisan keluarga.Ketika itu tidak ramai yang boleh menjadi tukang kayu kerana pada zaman dahulu jika ingin membina sesebuah rumah ,tukang kayu perlu mengaetahui banyak pantang larang dan upacara untuk membina rumah tersebut seperti upacara perletakan tiang seri.

    Sesuatu benda yang wujud akan pupus juga suatu hari nanti.Begitu juga arkitek.Profesion ini boleh wujud dan tidak mustahil suatu hari nanti ia juga boleh pupus seperti dinasour yang hanya tinggal fosil dan filem-filemnya sahaja.Keadaan ini akan berlaku apabila arkitek tidak lagi mengamalkan etika dan nilai-nilai disiplin sebagai seorang arkitek apabila mereka tanpa segan-silu mengambil rasuah atau dikenali sebagai aktiviti bawah meja dan melakukan pembohongan dalam sesuatu rekaan.Lama-kelamaan profesion arkitek akan dipandang serong dan manusia akan berfikir banyak kali untuk mendapatkan nasihat dan rekaan baru dari manusia seperti ini.Maka dengan secara tidak langsung profesion arkitek akan pupus ditelan zaman.Ini kerana di zaman IT dan globalisasi manusia akan lebih maju dari segi mendapatkan segala bahan dan maklumat dengan bebas.

           Oleh sebab itu, mereka yang kurang arif dalam bidang senibina juga boleh merekabentuk jika mereka sendiri pandai menggunakan perisian seperti auto CAD, sketch up atau 3d Max.Justeru mereka tidak perlu membayar arkitek untuk kerja-kerja merekabentuk.